Monday, 5 November 2012

Business Model Innovation

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada minggu ini,Mr Bernard meminta kami mencipta business model innovation yang berkaitan dengan pendidikan islam.Kumpulan kami telah memilih untuk melakukan innovation kepada sistem pembelajaran dan pengajaran kaedah bagdadi.Iaitu kaedah untuk memudahkan seseorang membaca al-quran.Kaedah baqdadi sebelum ini hanya dilakukan secara manual sahaja.Jadi,pihak kami memperkenalkan kaedah baqdadi secara digital.
Kaedah baqdadi digital ini akan memudahkan kepada para guru dan juga pelajar dalam mempelajari ilmu al-quran.Kaedah yang kami perkenalkan ini mempunyai sistem audio yang lengkap dengan cara sebutan dan bacaan.Pergerakannya juga bersifat auto bukannya manual.Jadi perkara ini akan memudahkan para pelajar untuk mempelajarinya.

Setelah perbincangan business model innovation ini,setiap kumpulan diminta untuk membentangkn idea yang dibincangkan dalam kumpulan masing-masing.Setelah selesai perbentangan,Mr Bernard menceritakan kepada kami perihal beliau yang memperolehi duit RM 1 juta daripada pihak kerajaan diatas hasil idea yang beliau lontarkan dalam sebuah model.Jadi,,beliau memberi galakkan kepada kami supaya berani membina business model innovation,kot2 boleh jadi jutawan.Dan setiap model business yang dirancangkan itu digalakkan supaya diteruskan pelaksanaannya sehingga model business tersebut menjadi kenyataan.

Akhir perbincangan,Mr Bernard memperkenalkan kepada kami sepintas lagi mengenai Business Model Canvas yang akan dibincangkan pada minggu hadapan.

0 comments:

Post a Comment