Wednesday, 28 November 2012

PENGHARGAAN,PENGENALAN,OBJEKTIF


Penghargaan


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dari-Nya dapat  kami dapat  menyiapkan  tugasan  kajian dengan jayanya. Setelah bertungkus-lumus mencari, meneliti dan berbincang akhirnya inilah hasil yang dapat kami persembahkan. Segala usaha yang telah  kami curahkan Insya-Allah semoga akan mendapat keredhaan dari Ilahi.  Kami berusaha dan merancang, Allah Ta’ala juga merancang akhirnya kami berdoa agar perancangan dan harapan kami selari dengan perancangan Allah Ta’ala dan Insya-Allah ganjarannya keredhaan dari Ilahi.

Setinggi-tinggi penghargaan kami  hulurkan buat   Encik Mohd Said Bin Othman selaku  pensyarah Asas Pembudayaan dan Keusahawanan (APK) yang telah banyak membimbing, mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan  tugasan kami . Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah ,Fakulti  pengajian Islam, dan tidak lupa  kepada Encik Bernard Hor  yang banyak  menolong dan memberi ransangan kepada kami untuk mencipta  idea untuk tugasan ini, tidak ketinggalan buat ahli keluarga  dan rakan-rakan yang memahami dan telah banyak menolong  kami sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Segala jasa-jasa yang telah dicurahkan kalian  Insya-Allah akan dibalas jua oleh Allah Ta’ala.



Pengenalan

Kaedah Baghdadi adalah kaedah yang digunakan dalam pengajaran al-quran. Kaedah ini menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut. Kaedah ini dapat membolehkan pelajar-pelajar yang agak lemah dapat membaca dan menghafazal-quran terutamanya surah-surah lazim yang dibaca dalam solat walaupun tidak mengenal huruf. Jika kita lihat kaedah yang sedia ada adalah kaedah manual dengan menggunakan muqaddam dan ketukan kayu. Oleh itu syarikat kami ingin membuat satu kaedah yang sama seperti kaedah Baghdadi tetapi ianya berbentuk digital.
Kami telah memilih nama DA’V’ LIMA ENTERPRISE sebagai nama syarikat kami. Syarikat DA’V’ LIMA ENTERPRISE adalah sebuah syarikat hasil daripada perkongsian 8 orang ahli yang menghasilkan alat Baghdadi digital. Syarikat kami ini merupakan syarikat yang akan membuat, membekal, mengedar  dan menjual sendiri baghdadi digital kepada para pemborong ataupun pelanggan.
Produk yang kami hasilkan adalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu Baghdadi digital. Baghdadi digital ini adalah sebuah alat digital yang digunakan untuk mempelajari al-quran berdasarkan kaedah Baghdadi yang sedia ada tetapi ianya berbentuk digital. Anggaran bagi kos projek yang akan digunakan untuk memulakan projek adalah RM50,000.
Peluang untuk perkhidmatan ini sangat besar kerana kaedah bagdadi ini sangat berkesan dalam pengajaran al-quran dan inisiatif untuk membuat sebuah kaedah Baghdadi bebentuk digital adalah sangat baik kerana melihat kepada era masa kini yang mana orang lebih berminat menggunakan kaedah berbentuk elektronik berbanding manual.
Sekiranya kaedah Baghdadi digital ini mendapat sambutan dan permintaan yang sangat menggalakkan daripda orang ramai, kami akan meluaskan perniagaan kami dengan membuka cawangan di kawasan-kawasan lain.

OBJEKTIF PROJEK

1.      Memperkenalkan kepada masyarakat kaedah Baghdadi Digital.
2.      Menerangkan kepada masyarakat cara penggunaan kaedah Baghdadi Digital.
3.      Memudahkan masyarakat dalam mempelajari Al-Quran dengan menggunakan kaedah Baghdadi Digital.
4.      Menjadikan kaedah Baghdadi Digital sebagai satu produk yang mendapat sambutan ramai daripada  masyarakat terutama di kalangan pelajar dan pengajar.
5.      Menjadikan kaedah Baghdadi Digital sebagai pemudah cara dalam mempelajari Al-Quran.
Visi

Menjadikan kaedah Baghdadi digital sebagai satu kaedah mempelajari al-quran yang termudah dan mampu menarik minat umat islam untuk mempelajari al-quran.

Misi
Membantu umat islam mempelajari al-quran dengan cara mudah dan menarik
Menjadi pembekal yang dikenali dan disegani diseluruh Malaysia

Motto
Mudah dan cekap.

0 comments:

Post a Comment