Wednesday, 28 November 2012

RANCANGAN OPERASI



1)      Pengenalan
Bagi mewujudkan perancangan yang dapat  di jalankan dengan baik dan terancang,rancangan operasi merupakan salah satu  rancangan yang terpenting sebagai kuasa  untuk menjana rancangan tersebut. Dengan adanya rancangan operasi ini  membolehkan kita bagaimana operasi  dapat di jalankan. Oleh itu, rancangan operasi perlu di titik beratkan,hal ini kerana melalui rancangan operasi ini dapat menentukan untung atau rugi bagi sesuatu perniagaan yang akan di usahakan. Penelitian sepenuhnya haruslah di ambil kira bagi mencapai keuntungan pada tahap maksimum dengan penggunaan kos yang minimum. Di samping itu juga rancangan operasi ini merupakan satu rangkaian aktiviti-aktiviti merancang, mengguna dan mengawal sumber yang ada bagi menghasilkan sesuatu keluaran dan perkhidmatan. Ia adalah berasaskan sumber-sumber dari segi tenaga pekerja,bahan mentah,mesin dan peralatan, kaedah pemprosesan teknologi maklumat dan modal .

1)      Proses Operasi
Untuk memastikan proses operasi memasang, membungkus ,dan menjual alat digital serta ini berjalan  
dengan lancar,maka pengurusan operasi haruslah menentukan :-
1)   Semua pihak dalam bidang operasi harus memberi kerjasama  dengan sepenuhnaya untuk mencapai objektif operasi.
2)   Memasang dan memastikan peralatan elektronik yang bermutu tinggi digunakan serta mampu memenuhi kepuasan dan citarasa pelanggan amnya.
3)   Memberi perkhidmatan penghantaran barang dengan segera serta pengemaskinian system secara percuma bagi meningkatkan mutu serta kualiti dan memastikan keluaran syarikat mencapai tahap kepuasan pelanggan.
4)   Memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti  bilik khas untuk ruangan  menunggu didalam  premis, laman web pertanyaan dan lain-lain lagi.
Syarikat ini akan memulakan perniagaan mulai 2 Februari 2012 dan operasi      perniagaan  hari isnin hingga ahad bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Pada setiap hari jumaat perniagaan akan ditutup bermula jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang. Manakala operasi perniagaan akan di tutup pada hari perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.






           3)      Proses Pengeluaran Kaedah Baghdadi Digital

                         
  
                                                        



                         




                                           











0 comments:

Post a Comment